Tuesday, May 17, 2011

KAPAL BANTUAN MISI KEAMANAN GAZA DI TEMBAK LAGI | RACHEL CORRIE DITEMBAK


Kapal bantuan Palestin dipaksa berundur, berlabuh di pelabuhan Mesir
KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin, sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, semalam.Bagaimanapun, semua yang berada atas kapal itu, termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media selamat. Kapal yang dinaiki masing-masing dua warga Ireland dan India serta seorang warga Kanada itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih dan membina semula sistem pembetungan dan bekalan air di Gaza, diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat 30 batu nautika dari kawasan itu.
INFO
THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE

Nama asal: MV Finch
Jenis: Kapal kargo (reka bentuk tongkang)
Ukuran saiz : 54.9 meter panjang, 9.4 meter lebar dengan kedalaman 4.75 meter
Tahun: 1989
Buatan: United Kingdom
Kelajuan: 8.5 knot
Muatan kargo: 1,200 tan
Flagship: Moldova
Pelabuhan kapal didaftarkan: Giurgiulesti
Muatan: Paip PVC sepanjang 7.5km seberat 30 tan






  • MV Rachel Corrie mengambil sempena nama aktivis keamanan dari Amerika Syarikat, Rachel Corrie, 23, yang meninggal dunia digilis jentolak Caterpillar D9 tentera Israel ketika cuba menghalang rejim Zionis memusnahkan rumah penduduk Palestin pada 2003. Rachel Corrie meninggal dunia selepas digilis dua kali oleh jentolak seberat 48,988 kilogram itu. selanjutnya DI SINI







  • kata-kata berhemah : nak kata apa lagi . dunia kononnya aman selepas kematian osama . ye dak ? eh ada kaitan ke dengan kematian osama ? why not . bukan ke orang kata dia pengganas yang membunuh manusia tak berdosa?  aku syak mesti hantu beliau yang mengganas tu kan . pfftt . Alhamdulillah tak ada orang yang cedera ataupon maut dalam misi membawa paip PVC untuk sistem pembetungan air kat gaza . israel lahanat tuh imaginasi tinggi betol . mesti dorang ingat paip pvc tu aktivis keamanan nak buat meriam buluh .hurrr


    eh eh wahh  muhyiddin kecam tindakan israel ye ?? baiknya awak  =.=


    p/s kalao kapal bawak bom agak-agak dorang nak tembak tak ? sekali tembak sekali dengan depa terpelanting. bagus bagus .  memang itu yang dirancangkan *harap-harap FBI mahupon CSI tak serbu rumah aku . hikhik .kalao faizal ismail aku tak kisah . 



    0 kesian kat saya:

    buat apa kat sini

    saya masih si separa matang

    Powered by Blogger.

    give em love !