Thursday, April 12, 2012

TAHUKAH ANDA ? DENDAM POSITIF ?

``REPOST DARI POST SETAHUN YANG LALU :)

Di sebuah syarikat , kelihatan sebuah pemuda yang hanya menjadi orang bawahan terasa dahaga lalu mencari air dan ternampak oleh beliau akan air maka beliau ingin meminum air itu . Belum sempat ia minum, tangannya terhenti oleh sebuah herdikan:"Hei, kamu tidak boleh minum air ini. Kamu cuma pekerja rendahan. Air ini hanya khusus untuk jurutera"herdik seorang jurutera Amerika yang bekerja di perusahaan tersebut.Remaja itu hanya terdiam menahan haus.Ia tahu ia hanya anak miskin yang hanya berkelulusan tahfiz yang hanya bekerja disebuah syarikat milik amerika.Akhirnya muncul komitmen dalam dirinya setelah berfikir.kenapa kejadian ini berlaku kepadanya . adakah dia perlu menjadi jurutera sja baru boleh minum ? 


Ya aku perlu  membalas dendam atas apa yang berlaku  .Remaja miskin itu lalu bekerja keras siang hari dan melanjutkan sekolah malam hari. Hampir setiap hari ia kurang tidur untuk mengejar ketertinggalannya. beliau akhirnya berjaya dan Kerja kerasnya membuat perusahaan memberi kesempatan padanya untuk mendalami ilmu di Amerika mengambil kuliah S1 bidang teknik dan master bidang geologi. Pemuda ini akhirnya lulus dengan hasil sangat cemerlang.

Selanjutnya ia pulang ke negerinya dan bekerja sebagai jurutera. Kini ia sudah menaklukkan dendamnya, kembali sebagai jurutera dan boleh minum air yang dulu dilarang baginya.(adakah hanya kerana air ?tidak) pemuda yang sudah biasa kerja keras akhirnya melonjak kejayaannya dari menjadi ketua jabatan ke ketua cawangan ke pengurus umum dan akhirnya menjawat sebagai wakil pengarah yakni sebuah jawatan yang tertinggi yang mustahil dicapai oleh warga arab saudi ketika itu .ketika menjadi CEO syarikat termuka itu, jurutera amerika yang pernah mengherdik beliau ingin meminta cuti dan memohon agar pemuda itu tidak mengungkit kisah yang lalu . Namun alangkah terkejutnya jurutera amerika itu apabila bekas pekerja bawahan itu berterima kasih kepadanya dan berkata ini semua kerana herdikan jurutera itu akhirnya beliau berjaya menjadi CEO kerana bencinya berubah menjadi dendam positif yang meraih kejayaan yang besar.


Akhirnya beliau menjadi Presiden Direktur yang pertama dri bngsa Arab dan membuatkan syarikatnya Aramco (Arabian American Oil Company) iaitu perusahaan minyak terbesar di dunia menjadi semakin berkembang dan kerana prestasi itulah beliau telah dilantik oleh Raja Arab Saudi untuk menjadi Menteri Minyak dan Mineral . nak tao sape yang aku cerita ini ? ha tu lah Datin Husna okay tipu je. inilah  kisah Syeikh Ali bin Ibrahim Al-Naimi yang sejak tahun 1995 sampai saat ini (2011) . hanya kerana hinaan akhirnya menjadi Menteri. Wallahualam  . cerita yang bagus untuk berjaya. bukan nak kata entry aku bagus tapi cerita ni ya .


Itulah kekuatan "DENDAM POSITIF"
Kita tidak boleh mengatur bagaimana perangai orang lain terhadap kita.
Kita tidak pernah tahu bagaimana keadaan akan menimpa kita.
Tapi kita sepenuhnya punya hak bagaimana nak mengendalikannya.
Apakah kita mahu putus asa dan hancur kerana hal seremeh itu?
Atau kita hanya perlu bangkit dengan semangat "Dendam Positif."

jadi tunggu apa lagi ? ayuhlah berdendam positif unutk berjaya ^^ ni tidak asal berdendam je bunuh asal bunuh je dendam . asal nak dendam je pukoi-pukoi balas balik . tengok je lah drama n pilem sekarang. kalao rasa nak belajar cara-cara berdendam p je lah tengok tv pasti dapat idea nak bunuh2 . hurrr .

idea entry selepas dengar IKIM tadi ~ penat google cari pasal cerita nih .huu~
dan mari kita lihat pulak hasil kerja keras aku hari ini dan minggu lepas  =.=


nash donutss

blueberry chese tart

chocolate cake

spaghetiewww~

(sumber gmbar semestinya abang gugel)

eh eh kenapa gambar makanan ? well inilah hasil kerja keras aku .bukan acara membuat menda alah nih tapi  memakan dan memakan sampai gemuk namun tak gemuk-gemuk cam kak limah . akhirnya aku berjaya nak makan makan kesukaan buat sementara ini . masih ada banyak makanan kesukaan yang masih belum ditunaikan . tsskkk. . ok bye jangan lupa hayati cerita tauladan kat atas tuh . jangan nak berdendam jeh kalao ada orang takde otak hina2 korang malah jadikan hinaan tuh sebagai pencetus kejayaan. hoyeahhh . semoga berjaya bagi yang ada final exam .aku pulak ada test lesen . dingdang betol .

19 kesian kat saya:

Unknown said...

positif bebeno dendam ko..cam lari tajok je ngn citer ceo tu..ahhaha

jaya jr said...

orang arab ni klo bagus memang bagus..tapi klo tak kena hari diorang boleh bikin bengang jugak..haha.ikut suka diorang je..tapi yang dalam entri tu memang mantap..huhu

kambeng.karbonat said...

menarik cerita ni. :D slalu kalau berdendam pegi pukul jer. HAHA

Solihin Zubir said...

rupanya ada jugak dendam positif.. tak terfikir plak.. hehhehe...

Unknown said...

ispirational betoi.. hehhe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
arab sekarang bukan arab dulu

K2r~90 said...

guwa dendam kt der sebab jumpe pic kek y gile sedap !!!! hehehe

husnaradzi said...

@JIJI YU wakaka err itu lah yang dinamakan dendam sayang . haha

husnaradzi said...

@jaya jr memang pon semua manusia ada ragam masing2 . hikhik thankz

husnaradzi said...

@kambeng.karbonat haha pukul dan bunuh . yeahh

husnaradzi said...

@Solihin Zubir mesti ada punyaa . semua mesti ada lawannya .

husnaradzi said...

@nub hikhik mestilah .

husnaradzi said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o islam sekarang bukan mcm islam dulu (:

husnaradzi said...

@K2r~90 kahkah mmg sja gua nak cari pasal derr .

Henry Zackery said...

bagus dendam positif nie, ia boleh membakar semangat untuk berjaya :)

GEMPAR !! Amir Diramalkan Juara Maharaja Lawak

Far8 budak baik said...

dari org biasa..sbb dendam baik nye..
dy dpt jadi ceo..peh peh
kagumm..kalau aku bomoh terus hahaha

Tieah Madian said...

Aiyooo.. Hebat cerita kau ek.. Orang Arab tu.. Ngee :) Tapi aku lagi tertarik dengan gambo makanan.. Perghhh.. Sedap cheese tart tu.. Huhh! Memang mengiurkan lah.. Coklat kek tu apatah lagi.. Kau kejam lah.. Buat aku terpaksa telan air liur je ni.. Haish..


Entry Terbaru : Skrip Dialog Usop Wilcha Jadi Sebutan Setiap Hari

Cik Su Life Cycle said...

yeah.. cik su suka ayat tue.. jangan berdendam. jangan ke arah negatif.. hehe.

Unknown said...

dendam best ke?tak best lah..tp mkanan tu mmg best ehehe

buat apa kat sini

saya masih si separa matang

Powered by Blogger.

give em love !